Ahlan Wa Sahlan !

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh 

Salam pertemuan buat semua pengunjung laman web Lazati.net  Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana diizinkan Allah SWT. berkongsi ilmu penjagaan kesihatan dan cara menjaga kesihatan diri dengan sahabat-sahabat di sini.

Sesungguhnya kehadiran kita di alam ini adalah atas takdirNYA dan kehadiran ini disertakan dengan tanggungjawab dan amanah.

Penjagaan Kesihatan

Antara amanah yang amat besar dipikulkan adalah kesihatan.  Dengan kesedaran inilah maka saya telah menceburkan diri dalam bidang penjagaan kesihatan.  Saya harap saya dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang tips menjaga kesihatan.

Walaupun telah lebih 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini, namun ternyata ilmu Allah SWT.  terlalu luas untuk diterokai.  Setiap ketika ada sahaja pertemuan baru dalam kesihatan.  Tidak ketinggalan  juga dengan kemunculan berjenis-jenis penyakit yang melanda manusia hari ini.

Tidaklah Allah SWT. menurunkan suatu penyakit, melainkan DIA menurunkan ubatnya.(H.R.Bukhari dan Muslim)

Setiap kali Allah SWT. menurunkan penyakit, Allah SWT. pasti menurunkan penyembuhnya.  Hanya ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak diketahuinya.(H.R.Bukhari dan Muslim)

Masing-masing penyakit pasti ada ubatnya. Kalau ubat sudah mengenai penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT.(H.R.Muslim)

Dengan bersandarkan hadis-hadis di atas, maka ia menguatkan semangat saya untuk terus mencari dan mencuba pendekatan-pendekatan kepada peningkatan kesihatan dan ketenangan kesakitan.

Mencari Keredhaan Allah SWT.

Mudah-mudahan dengan keredhaan dan rahmat Allah SWT., kita sama-sama dapat mengharungi ombak hidup ini dengan Lazati.netpenuh kesabaran dan kesyukuran.

Saya amat mengalu-alukan sebarang perkongsian, pertanyaan atau komen dari sahabat-sahabat sekelian. Justeru tujuan kelahiran laman web Lazati.net ini adalah agar kita dapat memanfaatkan sesama kita, nasihat  menasihati dan ingat mengingatkan.

Moga usaha kita yang sedikit ini dapat meraih belas kasihan Allah SWT., mendapat keampunanNYA dan menjadikan kita hamba-hambaNYA yang menghargai pemberian nikmatNYA serta bijak mengamalkan cara menjaga kesihatan diri.  Insya Allah….

Salam Muhibbah

Norleila Salleh ~ Pengasas Lazati.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *